Di sebuah klinik, ketika memeriksa seorang pesakit ,Doktor mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas dan kalut.
Suri rumah: Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.!
Doktor :Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya.
Suri rumah:Tapiiiii...saya dah beri anak saya makan racun serangga agar semut tu mati.
Doktor :Apa ??Cepat bawa dia ke hospital!
Tuesday, April 28, 2009
MaKaN SeMuT
Posted by HaNs at 2:59 PM 0 comments
Labels: laWak
Monday, April 27, 2009
PaK aLi BuKaN TaMak...
Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..
Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.
Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab..
"Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...
"Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".
Posted by HaNs at 11:46 AM 0 comments
Labels: laWak
MeNiRu SmaSa PepeRIksaaN
Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.
Ayah: Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!
Cikgu: Betul Encik, kami bukan tuduh begitu sahaja.
Ayah: Ape buktinya?
Cikgu: Nah, ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.
Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.
Ayah: Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?
Cikgu: Sabar Encik, cuba encik lihat soalan kedua.
Ayah Naim melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan? Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957. Ayah Naim sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?
Azim menulis: Maaf, saya tak tahu.
Naim menulis: Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!!
Posted by HaNs at 11:14 AM 0 comments
Labels: laWak
KiSaH BaKaL DaDDy
Al - Kisahnye
Di sebuah hospital 4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.
Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama...
"Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"
"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama.
" Saya bekerja di Twin Star Enterprised"
Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua...
"Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"
"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua.
"Saya kerja di 3M Corporation"
Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga...
"Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"
"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan".
"Saya kerja di Four Season Hotel!"
Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.
Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya...
"kenapa risau sangat??"
Jawab ayah keempat...
"Saya bekerja di Seven-eleven""
Posted by HaNs at 11:04 AM 0 comments
Labels: laWak
SiaPa MaRy B...
Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar.....tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yg terpinga2.....bertanya.....
"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??"....si isteri pun menjawap....
"nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Mary'....si isteri tentu la menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary....dgn tenang si suami menjawab.... ooo....itu nama kuda yg saya bertaruh semalam.....namanya Mary.....si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur.....
Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya....aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???...dengan selamba..si isteri menjawap...."kuda awak telefon!!".....
Posted by HaNs at 10:46 AM 0 comments
Labels: laWak
WaNiTa SekSi
Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan . Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.
Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya…
Lelaki Inggeris: Sama², tapi anda harus membalas budi..
Wanita: Bagaimana?
Lelaki Inggeris: Tidur dengan aku….
Wanita: Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!
Lelaki Inggeris: Baiklah kalau begitu…
Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.
Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.
Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya..
Lelaki Perancis: Sama-sama, tapi anda harus membalas budi..
Wanita: Bagaimana?Lelaki Perancis: Tidur dengan aku…
Wanita: Tak guna!! Aku tak mahu!
Lelaki Perancis: Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…
Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu.
Dari tingkat 50, 40.. dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu.Wanita itu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut.
Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanit a itu terlebih dahulu berkata-kata…
Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda..Lelaki Arab: Astaghfirullah… (lalu melepaskan semula wanita itukerana terkejut..)
Posted by HaNs at 10:36 AM 0 comments
Labels: laWak
BaJu ciNTa
Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baruberkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapaticucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,
"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"..
"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek.
"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini dihadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.
Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbarusi isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapatidea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapatmengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.
Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian sinenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang.Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu....
"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi.
"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.
"BAJU CINTA???.... .. Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!!nampak sangat kedutnyer... .."
Posted by HaNs at 10:17 AM 0 comments
Labels: laWak
KaNt0I
Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepadasuami beberapa soalan.
Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak ?
Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.
Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.
Suami : Ye lah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?
Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita ?
Suami : Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.
Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita ?
Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.
Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita ?
Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.
Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya ?
Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi, daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.
Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya ?
Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal ...
Isteri : ????!!!!!
Suami : ( Dalam hati ) Alamak kantoiii !!
Posted by HaNs at 10:10 AM 0 comments
Labels: laWak
BiLiK MaYaT
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat puncakematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepadapenjaga bilik berkenaan.
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki keduapula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...
Posted by HaNs at 8:57 AM 0 comments
Labels: laWak
Friday, April 24, 2009
KisaH KasiH SuaMi PaDa IsTeRi
Pak Cik Remy adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand . Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Cik Remy yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Cik Remy pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Cik Remy begitu cintakan isterinya.
Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Cik Remy menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu."
"Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh...... "
Posted by HaNs at 2:00 PM 0 comments
Labels: laWak
PaSanGaN BerUmuR Yg RoManTik
Ader pasangan yang dah berumur, kira dah tua la... anak2 semuer dah besar2..masuk universiti..kata orang tinggal berdua jer la.. honeymoon hehehehe... Satu malam tu... dok la pasangan nie tadi menonton tv... . dok syok tengok tv... tup ..tup ..si suami nie kata la kat isteri dia....
"Mah,mah... .. " kata si suami...
"Ya bang," lembut jer jawab siisteri...
"anak2 semua dah besar... semua dah tak duduk ngan kita, kan Mah?"
"Kenaper plak, bang. abang rindu kat diorang plak ker?"
"Tak der la Mah, " ujar si suami
"Dah tu... kenaper plak bang?".. isteri menanya. .heran gak... kot...
"Tak ... abang teringat maser kita muda2 dulu... . mah suka gigit telinga abang, kan..."
"Cuba Mah gigit skit..abang nak raser..lamer dah Mah tak buat camtu..." Mendengar saja kata2 si suami tu tadi... maka berlari la si isterinya tadi kedlm bilik....
"Mah..kenaper Mah?"
"Mah tak sayang abang ker Mah?" soal si suami... si isteri didalam bilik tadi tak menjawab... agak lama lepas tu.. si suami memanggil
"Mah... ooo..Mah.. dah la tu.. jangan la merajuk... meh la kita tengok tv nie... tak per la..Mah tak nak gigit pun tak per la... keluar la Mah, Mah marah ker Mah?" si suami risau takut menyinggung perasaan isteri kesayangannyer itu...
"Tak bang, Mah tak marah"..jawab si isteri dari dlm bilik...
"Dah tu, kenaper Mah dok dlm bilik tu... Meh la kita tengok tv nie..." kata si suami..
Jeng..jeng... jeng... nak tau aper kata si isteri... ... ... ... ?
"Mah tengah cari gigi palsu, bang!"
Posted by HaNs at 1:54 PM 0 comments
Labels: laWak
m0t0r kU vs keTe kU
Motor - keluar rumah pukul 7.30 pg, bawak sambil menyanyi. keluar pukul 7.45 pg pun sempat lg tp bawak mcm org nak mati.
Kete - berkadar terus dengan tahap jem. Kena bangun awal, pastu datang opis mengantuk pulak
Motor - jangkamasa nak sampai 30 minit (dr pintu pagar rumah kat serdang sampai kat tempat parking bawah, bawak slow, belum rempit). 30 minit tetap, hujan ka ribut ka, kete terbalik tengah jln ka, asal jangan motor sendiri terbalik sudah.
Kete - kalau ada kete terbalik tengah jalan, kira half day la masuk opis, tekan tugas luar masa swipe masuk, takkpun tak swipe(cakap lupa punch).
Motor - naik motor ngan awek, awek peluk kita
Kete - naik kete ngan awek, awek peluk bantal dlm kete kita, sapa yang rugi. Ye la, kalau awek peluk kita, camna nak bawak kete
Motor - kalau hujan, basah bersama. boleh menguji kesetiaan awek
Kete - kalau hujan, kete basah. Balik kalu kete kotor, kita jugak kena basuh
Motor - kalau tak basuh, tak berapa nampak sangat
Kete - kalau tak basuh, jauh sebatu dah nampak. Pastu nanti orang cakap pemalas, camna nak jadi buat boipren. Bukan malas, kalau kete bekilat, orang pandang kita nanti awek marah pulak, habis tu camna.
Motor - isi minyak 4 inggit, full tank, tahan 3 hari
Kete - isi 40 inggit, belum full tank, belum awek ajak gi makan jauh-jauh, belum ronda-ronda, belum dapat gaji, belum!.. dan lagi, dan lagi
Kete - gi rumah family budak perempuan, nak ajak keluar, tetiba pulak mak dia nak ikut sekali, rosak program.
Motor - mak dia nak ikut sekali, nak duduk celah mana, duduk dalam raga boleh la.He he,Sekadar hiburan semata-mata.
Anyway untuk yang perempuan tu dinasihatkan lah naik kete, kalau jatuh kang, tertoreh kat mana-mana, dah potong seribu duit hantaran.
Posted by HaNs at 1:45 PM 0 comments
Labels: laWak
BraKe BaS N LoceNg
Ada seorang warga emas menaiki bas untuk pulang ke rumahnya setelah seharian bersiar2
Jarak diantara rumahnya dengan bus stand lmemakan masa lebih kurang 45 minit. Setelah 10 minit di dalam bas, pakcik tersebut menekan loceng & tak lama selepas tu bas pun berhenti.. apabila melihat tiada penumpang yang turun maka pemandu pun meneruskan perjalanan
Pak cik tersebut menekan loceng bas berulang kali menyebabkan bas berhenti banyak kali tetapi tiada penumpang yang turun. Kejadian tersebut menimbulkan kemarahan pemandu bas..lantas pemandu tersebut memberhentikan bas dan bertanya dengan nada yang marah.. Siapa yang suka-suka tekan loceng bas ini..hah!!!
Apabila mendengar pertanyaan pemandu tadi..pakcik tersebut pun bangun & mengangkat tangan menandakan dia yang melakukan perkara tersebut..
Pemandu : Kenapa pakcik menekan loceng..bila bas berhenti Kenapa pakcik tak turun??
Pakcik : Saya menekan loceng bukan nak turun tapi saya nak memastikan brake bas terletak di mana, sekarang baru saya tau brake bas terletak di loceng sebab bila saya tekan saja loceng..bas mesti berhenti..!!!
Posted by HaNs at 1:31 PM 0 comments
Labels: laWak
Monday, April 13, 2009
YaNg Ne LebiH SeDap..
Pada satu hari, seorang paderi berjumpa dengan seorang lelaki islam yang alim di dalam kapalterbang.
Mereka duduk bersama-sama. Setelah kapal terbang mula bertolak, mereka mula berdebat tentang hal agama.
Setelah lama berdebat, seorang pramugari datang untuk memberi makanan. Paderi itu meminta "Can I have pork?". Pramugari itu segera mengambil sepinggan daging babi. Kemudian lelaki alim tu pula meminta nasi ayam. Pramugari itu memberikannya sepinggan nasi berlaukkan ayam.
Setelah mereka habis menjamu selera, paderi itu berkata "Ha2, rugi awak tak dapat makan daging babi. memang sedap sehingga menjilat jari". Lelaki alim itu berdiam diri. Setelah itu, Mereka sambung berdebat.
Setelah mereka sampai di lapangan terbang, lelaki itu bersalaman dengan paderi itu dan berkata,"Kirimkan salam saya kepada isteri awak". Paderi itu pun berkata,"Saya tidak ada isteri kerana tidak boleh berkahwin"
Lalu lelaki itu berkata "Takder isteri? Ha2, ruginyer. Perempuan lagi sedap dari daging babi."
Posted by HaNs at 8:35 AM 0 comments
Labels: laWak
Thursday, April 9, 2009
Wednesday, April 8, 2009
LaWaK TakuT bInI
Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.
Titah Raja:Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul disebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.
Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.
Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.
Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.
Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.
Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.
Lelaki: Tuanku lah kemari.
Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.
Lelaki: Tuanku lah kemari.
Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.
Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.
Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, patiklah orang yang paling takut pada bini.
Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta?
Lelaki:Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya,TUNGGU DI TIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG.
Mendengarkan jawapan lelaki tadi, Baginda teramat murka lalu mengarahkan pengawal membunuh lelaki tersebut.
Posted by HaNs at 8:25 AM 1 comments
Labels: laWak


