CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, June 24, 2009

3 paTaH PeRkaTaaN

Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.

Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first".

Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu.

"aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak "Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: " Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"

PaNTaNg LaRaNG BeRkaITaN DeNgaN MaKaN

Orang Melayu zaman dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Tapi kekadang kita suke buat2 lupe dan anggap benda2 tu tahyul tapi ianya sekadar nak 'menipu' anak2 mase kecik2... yelah, kalau cakap benda yg betul pun manelah budak2 kecik nak paham kan? Inilah serba-sedikit pantang-larang orang tua-tua psl makan...

PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN


Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

PenGeMIs & IsTerI YanG cuN

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata'' Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang ''Demi ALLAH, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu.

RASULULLAH S.A.W Bersabda ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud, ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .

Friday, June 12, 2009

kIsaH NaFsu Yg DegIL DgN PerInTaH aLLaH

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:"Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :"Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :"Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (SahihMuslim)

10 wasIaT HasSaN aL-BaNna

1.Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun.
2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atauberzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.
3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab Fushohah kerana iamerupakan satu satu syiar islam.
4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.
7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar.
8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatang kebaikan.
9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.
10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

cInTa DarI PaNdanGan ImaM aL-sYaFIe

IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: ¿Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.¿Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.¿¿Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. ¿Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.¿Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.Katanya: ¿Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.¿Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.¿Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.¿Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan.¿Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.¿Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.¿Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.¿Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: ¿Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.¿Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.¿Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.¿

Thursday, June 11, 2009

PesakIT

Pada suatu ari,seorang dokter di rumah sakit mantel ingin menguji mantel 3 orang pesakitnye. dokter itu telah memanggil ketiga-tiga pesakitnye ke tepi sebuah kolam yang telah kering.

Dokter memanggil pesakit 1 kemudian dokter itu menyuruh pesakit 1 itu terjun ke dalam kolam yang kering tadi. tanpa berfikir pesakit itu terjun ke kolam lalu mati la pesakit 1 itu.

selepas itu dokter itu memanggil lagi pesakit yg k2. sama seperti pesakit 1,dokter menyuruh pskit k2 itu terjum ke dalam kolam yang sama. pskit k2 itu enggan terjun ke kolam. kali kedua dan ketiga dokter itu meyuruh pskit k2 itu terjun, pskit k2 itu msih enggan terjun. tetapi bila dokter itu menyuruh nye terjun untuk kali ke4 pskit k2 itu terus terjun lalu mati seperti pesakit 1.

kemudian, tinggal seorang lg pesakit mantel lg harus diuji. belum sempat dokter itu menyuruhnye utk terjun ke kolam yg kering itu pskit k3 itu bkata;

pskit k3 : Dokter jangan pandai2 nk suruh aku terjun ke kolam itu.
dokter : tp kenapa?
pskit k3 : aku x nak la.
Dokter : tapi kenapa?
psakit k3 : aku kata x nak. x phm ka?
dokter : awak x nk ikut kawan2 awk ke?
pskit k3 : ish... giler. xnk.
Dokter k, awak lulus.kemaskan barang2 awk dan awk blh blk.

selepai ujian itu selesai,pskit k3 itu balik dgn happy nye.
sampai d pondok pengawal, security mmgil pskit k3 tu.

security : wah untung la ko.bgus da otak mu ya...
pskit k3 : (tersenyum2)
security : knp ko x mau terjun kolam td?
pskit k3 : ish,ish,ish... xnk la aku terjun, sejuk ba air nya 2.
security kebingungan.

aGaK2LaH

Satu hari di klinik swasta... Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.

Doktor: Apa hang dah buat dgn belakang hang ni?

Kudut: Saya keje syif malam. Bila saya balik umah saya kat tingkat 3 pagi tadi, saya dengar bunyi bising kat dlm bilik tido saya. Saya saspex ader org dah tido dgn bini saya. Saya tgk pintu balkoni saya terbuka. Saya berlari ke situ, jenguk ke bwh dan nampak sorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar dia... pas tu saya trus angkat peti ais saya dan campak kat lelaki tu. Tu yg sakit belakang sampai skrg ni, doktor.

Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius seolah-olah baru lepas dilanggar kereta,

Doktor: Uih! Pesakit yg saya tgh periksa ni nampak teruk. Tapi hang lagi dasyat aku tgk... apa dah jadi?

Chet: Saya dah lama menganggur. Ari ni ari pertama keje baru saya. Tapi saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tgh saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor!

Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk daripada Chet dan Kudut. Doktor terkezut bewak...

Doktor: Hang pesal lak ni?

Chot: Saya ada kat dlm satu peti ais. Tetiba jer ader org campak peti ais tu ke bwh dari tingkat 3, doktor!!!!

BaNduaN

Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah
dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan
mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi. Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: "Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara.
Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang.."

Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, "Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan body lotion? Saya jawab di bilik mandi. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.

LeLakI BaNgsaT... MuaHhHhaHahaHa

Seorang gadis berusia
20-an menemui Dr. FAIZUL, seorang doktor pakar jiwa......

Gadis : "Doktor, saya merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya memanggilnya lelaki
bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan ada kalanya pula saya rasa memang patut saya memanggil dia seperti itu..."
Doktor : "Hmm... panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab tersendiri memangilnya demikian. Ceritakanlah kpd saya agar saya dapat membantu.."
Gadis : "Ya memang ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta di tepi pantai.Dia pegang
tangan saya."
Doktor : "Dia pegang tangan kamu seperti ini?" dr Faizul memberi contoh.
Gadis : "Ya. seperti yg doktor lakukan"
Doktor : "Kalau hanya ini, tidak sepatutnya dia dipanggil bangsat. Itu tandanya dia tidak mau berpisah dgn
kamu..."
Gadis : "Kemudian dia merapatkan badannya kepada saya dan memeluk bahu saya......"
Doktor : "Dia lakukan seperti inikah?"
Gadis : "Ya.. seperti inilah dia peluk saya doktor.."
Doktor : "Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mau sentiasa berdampingan dgn kamu" kata dr. Faizul.
Gadis : "Kemudian dia cium saya."
Doktor : "Dia cium kamu seperti ini ?"
Gadis : "Ya. Ciumannya sama seperti yg doktor lakukan."
Doktor : "Kalausekadar ciuman seperti ini, masih belum boleh dipanggil bangsat, itu tandanya dia
sayang kamu, kan ?"
Gadis : "Kemudian dia memasukkan tangannya kedalam baju saya & meraba2 saya doktor.."
Doktor : "Dia lakukan seperti ini kah?"
Gadis : "Ya, seperti yg doktor lakukan inilah cara dia memperlakukannya. ."
Doktor : "Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mau membelai diri kamu.."
Gadis : "Kemudian dia menanggalkan semua pakaian saya satu persatu.."
Doktor : "Adakah kamu membantah tindakannya? "
Gadis : "Tidak, saya merelakannya sebab saya sayang dia.."
Doktor : "Dia tanggalkan pakaian kamu seperti ini ?"
Gadis : "Ya, sampai saya telanjang bulat seperti ini doktor...."
Doktor : "Itu masih belum layak dipanggil bangsat, kerana dia sememang ingin mengenali diri kamu
sepenuhnya"
Gadis : "Kemudian dia mencumbui saya lalu melakukan hubungan seksual dgn saya ...."

(selepas seketika.... )

Doktor : "Dia lakukan seperti yg kita lakukan tadi kah?"
Gadis : "Ya. Memang itulah yg dia lakukan ketika itu"
Doktor : "hmm, itu juga masih belum boleh dipanggil bangsat. Itu tandanya dia memerlukan kamu kan!"
Gadis : "Tapi kemudian dia memberitahu saya bahawa dia ada HIV positif"
Doktor : "HAH?? DIA..MEMANG .. BANGSAT!!..BANGSAAA TTT!!!!.. LELAKI
BAAANGSAAAAAAAATTTT TT!!!!!!!

BerUaNg

Alkisah... ..

Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat.
Sebaliknya, dia masuk hutan untuk memburu beruang. Sedang dia terhendap2 di dalam semak,

tiba2 dia berlanggar dengan seekor beruang.
Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah.

Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi ..

Berita buruknya adalah beruang tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng
sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah
aku ya Allah .. makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah beruang yang memburuku Muslim yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."
Tiba2 guruh berdentum! Beruang tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan
lelaki tadi. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit ..beruang tersebut pun berdoa,

"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar...Amin! "

MIssc0mMuNIcatIoN

Lee Sum Wan : Hello can i speak to Annie Wan

Mr Sori : Yes u could speak to me.

Lee Sum Wan: No, i want to speak to Annie Wan!

Mr Sori : You are talking to someone! Who is this?

Lee Sum Wan : Im Sum Wan. And i need to talk to Annie Wan! Its urgent.

Mr Sori : I know u are someone and u want to talk to anyone! But whats this urgent matter about?

Lee Sum Wan : Well just tell my sister Annie Wan that our brother was involved in an accident. Noe Wan got injured and now Noe wan is being sent to the hospital. Right now Avery Wan is going to the hospital.

Mr Sori : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital from the accident that isnt an urgent matter! You may find this hilarious but i dont have time for this!!!

Lee Sum Wan : You are rude. Who are you?

Mr Sori : I¿m Sori.

Lee Sum Wan : You should be sorry. Now give me your name!

Mr Sori : I¿m Sori!!

Lee Sum Wan : I dont like your tone of voice Mr and i dont care, give me your name!

Mr Sori : Look lady, I told you already Im Sori! Im Sori!! Im SORI !!! you didnt even give me your name!

Lee Sum Wan : I told u before im Sum Wan! Sum Wan!!! You better be careful my father is Sum Buddy. And my uncle holds a very big position in the co. He is Noe Buddy.

Mr Sori : Oh im so scared (sarcastically). Look i dont care about ur uncle he¿s a nobody. Everybody thinks his top dog and holding an important position in the company.

Lee Sum Wan : No Avery Buddy just married my aunt. And Avery Buddy doesn¿t work there.

Mr Sori : Like i said i dont care which one of ur aunt screws everybody and i also know that not everybody works here! Jeez!!!

Lee Sum Wan : Wheech Wan is my sis!

Mr. Sori : I dont know which one is ur sis! Why in gods name u think i do!? Look i got work to do and if im feeling mischievious i¿ll broadcast it on the P.A system saying. ¿Attention, someone called and said that anyones brother just got involved in an accident. But not to worry no one got injured and no one was sent to the hospital. But everyone is going to the hospital anyways. The father maybe a somebody but if u¿re their uncle, u¿re a nobody. ¿how bout that!?
Toot¿ .Toot¿ .Toot¿ ¿

HaD LaJu

Duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju,seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja. Maka Polis trafik pun berfikir ¿ Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain¿.

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat. Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya ¿ Apa kesalahan saya tuan? saya memandu mengikut had laju..kenapa ditahan?¿ ¿Makcik¿ polis trafik menjelaskan ¿ makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu terlalu lambat sangat dari had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain¿

¿lambat dari had laju ?¿ wanita itu merasa hairan.

¿Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda.[JALAN AMPANG 22]!¿ bantah wanita itu dengan marah. Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud nombor 22 itu adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu,wanita itu mengucapkan terima kasih atas penjelasan itu.

¿ Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan¿adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat¿ polis trafik itu bertanya kehairanan

¿Oh¿jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309].¿

BaPak & aNak

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
Bedah : Ya bapak, ada apa?
Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)
Bapak : Dengar tak bapak kata.....
Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.
Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh.
Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.
Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...
Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.
Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa...
berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.
Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.
Bedah : Apa???!!!
Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.
Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)
Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya,
bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok.
Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

MaMaT

mamat (bukan nama sebenar) dan minah (juga bukan nama sebenar)sepasang anak muda yang sedang asyik dilanda percintaan...

suatu hari... mereka dah tak tertahan dengan godaan syaitan, maklumlah..gelora nafsu muda yang membuak-buak, terlanjurlah mereka melakukan perbuatan terkutuk itu... .
simamat ni pun pandai juga.. untuk mengelakkan berlaku apa-apa dia pakailah stokin plastik tuuu, warna merah pulak tu !

nak jadikan cerita..tengah mereka asyik belayar, stokin tercabut (tak size agaknya) dan terasak-asak masuk ke dalam !! bila dah mendarat barulah sedar.. apa lagi, simamat dan siminah pun sama-sama paniklah. So, mamat pun tercari-carilah benda nak gali, nak ambil balik..jumpalah batang mancis. Gali punya gali..terlepas pulak batang mancis tu ke dalam..maklumlah kecik!

nak jadikan cerita lagi..akibat perbuatan tu.. termengandunglah siminah.. bincang punya bincang, pakat punya pakat..last-last kawin juga depa..ala buat ala kadar je.. dah terpaksa.

genap 9 bulan 10 hari kemudian...
siminah dah menunjukkan tanda-tanda nak bersalin..
mamat cari bidan..
panik..
resah..

"uwaaaa uwaaaa" teriakan pertama kedengaran dari mulut kecil si baby..tapi

mak bidan terlatah
mamat terkejut
minah pengsan... .

melihatkan..
anak tu...

pakai KOPIAH merah dan pegang sebatang TONGKAT !!!!!
har..har..har..

RoH BerPIsaH DaRI JaSaD...

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."
Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

IzraIL

"Ketika engkau memiliki tujuan utk dipenuhi dan mimpi utk digenapi , Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu.. Ingat bahawa dimanapun engkau atau kemanapun engkau mengadap..ALLAH TAHU" Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:
Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikatmaut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut,kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.

kaLau & JIka SuaMI

KALAU SUAMI
Kalau suami mula berahsia..

Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we
Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu
Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta
Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka
Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA...

JIKA SUAMI
Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi
Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT
Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati
Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi
Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi
Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali
Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori atau ?
JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI ....
KALAU SUAMI.... lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. .. wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ?????
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..

kIsaH SepaSaNg keKasIH

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie.... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah.....bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan. Selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman....
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

ceRIta ntaHaPpaNtaH

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene
pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..

Woakakaka....penat aku nak tulih lagi nie....

PesaNan IMaM gHazaLI

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat
.

Tuesday, June 9, 2009

aSKaR PaLInG BeraNI

Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tentaranya dan untuk membuktikannya masing masing jeneral memerintahkan salah satu Askarnya untuk mengikuti arahannya :

1. Jepun
Jeneral : Askar maju sini
Askar : Siap Jeneral
Jeneral : Tangkap peluru yang saya tembakan ke tubuh kamu
Askar : Siap Jeneral
Peluru langsung ditembakan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si Askar tidak dapat menangkapnya dan langsung mati.
Si jeneral dengan bangga mengatakan “lihat Askar saya sangat berani dan siap mati”

2. Jerman
Jendral : Askar maju sini
Askar : Siap jeneral
Jeneral : Tangkap peluru dari RPG yang saya tembak
Askar : Siap Jeneral
Peluru meluncur cepat dan Askar yang menangkap hancur berantakan
Si Jeneral sangat bangga dan bilang ” Askar saya lebih berani bahkan untuk menangkap bom RPG”

3. Indonesia
Jeneral : Askar maju sini
Askar : Siap Jeneral
Jeneral : Sebrangi ladang periuk api dengan berlari cepat
Askar : Tidak mau jendral !
Jendral : Sebrangi cepat !!
Askar : Tidak mau jeneral !
sampai tiga kali sang jeneral memerintahkan Askarnya, namun tetap di tolak.
Si Jeneral berkata “Lihat Askar saya yang paling berani…. perintah jendral langsung bisa dia tolak…”

asMaRa OraNg PeNceN

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana
besar, diatas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut
usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan
ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu
mula mengantuk
semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh
bibirnya ke pipi si
isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan
bangun dari katil
tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,
"Nak gi amik gigi la ni!!!"

9 seBaB HatI tIDaK BaHagIa

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan Kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.

So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

JanDa 3 KaLI TaPI MasIH aDa DaRa

Seorang janda yang sudah tiga kali kawin cerai diperiksa doktor. Waktu doktor mahu periksa dalam, terjadi percakapan.

Janda : “Hati-hati periksa ya doktor, saya masih dara!”

Doktor: “Hai kata Puan dah tiga kali kahwin cerai takkan masih ada dara?"

Janda : “Gini doktor, x-husband saya yang pertama adalah mati pucuk."

Doktor: “Oh gitu, tapi suami yang kedua puan tak mati pucuk kan?”

Janda : “Betul doktor, cuma dia gay, jadi saya tidak diapa-apakan langsung.”

Doktor: “Lalu suami yang ketiga Puan tidak mati pucuk atau gay kan?”

Janda : “Betul doktor, tapi dia orang politik."

Doktor: “Tapi apa kaitannya dengan dara Puan...?”

Janda : “Dia cuma berjanji sahaja dok, ‘tidak pernah direalisasikan!!!”

Doktor: “?!?!?!?! ?”

4 IsTerI, JaGaLaH YanG PerTaMa

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

waNIta IdaMaN LeLakI

Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mempunyai ciri-ciri keibuan, lembut mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja.

Prihatin dan menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai dirinya.

Bijak berbicara
Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti itu bukan sahaja manjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadikan lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.

Solehah
Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak ramai.

TaK Mau MatI LaGI

Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata

"Saya tidak mau mati lagi, Doktor".

Merasa kasihan, doktor kembali ke pejabatnya dan berkata "Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"

Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata, "Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!" Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya. Pasien itu berkata " Lihat kan Dokter saya sekarat "

Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Jari tangan awak sebenarnya yang patah"

KisaH DaLaM KaPaL TerBaNg

Kejadian ini berlaku di dalam sebuah pernebangan Boeing 767 dari Los Angelas ke malaysia. Kelihatan seorang gadis cantik molek sedang duduk bersebelahan dengan seorang peguam cerdik pandai.Otak peguam yang bergeliga itu terus bertanya gadis tersebut untuk bermain teka-teki. gadis yang dalam keletihan & penat tidak berminat & dengan sopan santun ditolak permintaan peguam tersebut . Peguam berasa tidak puas hati & berasa direndah-rendahkan maka diajaknya gadis untuk menjawap teka-tekinya.

Peguam berkata" saya tanya satu Teka-teki ,jika u dapat jawap I pay u RM500 but if u tak dapat jawap u only pay me RM5.00 !!! amacam /

maka gadis tersebut menerima cabaran peguam tanpa segan-silu.

Peguam terus memulakan teka-teki yang pertama : " Berapa jauh jarak diantara Bumi dan bulan??"

gadis tersebut diam selamba dan membuka dompenya mengeluarkan wang RM5.00 menyerahkan kepada peguam tanda kalah.

"Sekarang giliran u" cabar peguam! ..

Maka gadis acuh tak acuh bertanya : " Apakah haiwan yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki "

Peguam tersebut terus mengeluarkan computer dari begnya dan terus mencari maklumat, tiada jawapan... Dia terus memasangkan Modem dan mencari dalam internet ..tiada jawapan .Dengan putus asa,peluang terakhir dia mengirim e-mail kepada setiap kawanya sebagai Doktor, lawyer. scientice, arkitek, namun tiada yang dapat menolongnya.

setelah sejam bergelut untuk mendapatkan jawapan akhirnya peguam tersebut mengaku kalah dan mengejutkan gadis yang telah tertidur dan menyerahkan RM500.00 tanda kalah.

Dengan perasaan ingin tahu, peguam bertanya apakah jawapan untuk teka-teki tadi?

Dengan selamba, gadis itu membuka daompetnya dan mengeluarkan note RM5.00 dan menyerahkan kepada peguam tersebut dan menjawap : "Tidak Tahu"