Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.
Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan.
ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya mas a dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semas a nyawa kitasedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."
se mas a sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin .."
Wallahualam....
Thursday, May 28, 2009
3 CaHaYa dI HarI kIaMaT
Posted by HaNs at 2:21 PM 0 comments
Labels: InFo aGaMa
PenJuaL uBaT
Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya..
Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumiitu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa padatepat jam1130 pagi nanti!!
Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam duniapada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.
Jam sudah hampir 1130 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai tu, adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir. Pakcik tu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.
Jam sudah menunjukkan pukul 1130 pagi. Satu minit berlalu.. dua minit.. tiga minit.. hingga minit yang kesepuluh, pakcik tadi punberteriak kepada penjual ubat tersebut.
Pakcik : Eh! Dah lama ni.. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?
Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!
Posted by HaNs at 2:10 PM 0 comments
Labels: laWak
Tuesday, May 26, 2009
NanGka beRacuN
Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..
'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'
Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..
Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..
'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN... ... ...
Posted by HaNs at 8:19 AM 1 comments
Labels: laWak
HarI yaNg buRuk
Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu. Lelaki yang empunya gelas terus menangis. "Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori. "Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!" "Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini. Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum racun aku.
Posted by HaNs at 8:14 AM 1 comments
Labels: laWak
Thursday, May 14, 2009
PeTua KuruSkaN BaDaN TaNpa UbaTaN
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. MAKAN DALAM KUANTITI SEDIKIT
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. BUAT PERKARA YANG BOLEH MEMBANTUTKAN NIAT MAKAN
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa minat atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK BERLEBIHAN
Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. JUS LIMAU ATAU OREN
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. AMBIL BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. TIDAK MUDAH PUTUS ASA
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. AMALKAN PEMAKANAN BEREMPAH
Ambil makanan yang berempah sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. PENGAMBILAN BIJIRIN
Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepadakeinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan andadan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK KESIHATAN
Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. AMBIL TAU INFO PASAL MASAKKAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. PEMILIHAN PIRING MAKAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. SENAMAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
22. RANCANG PERBELANJAAN
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanansegera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. MENGEMPISKAN PERUT
Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. AKTIVITI FIZIKAL
Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsingi. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihatii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lifiii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalamiv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darahv. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
26. KHASIAT AIR LIMAU
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
27. TEH CINA
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
28. AIR ASAM JAWA
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
29. TURUNKAN BERAT BADAN
Nak turunkan berat badan selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu
30. LANGSING SELEPAS BERSALIN
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
31. MENGURANGKAN BUNCIT
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
32. KEMPISKAN PERUT CARA TRADISIONAL
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.
Posted by HaNs at 11:22 AM 0 comments
Labels: InFo kesIHaTaN
waNIta BanGsawaN dgN KemuLIaN seJatI
Kholifah Umar bin Abdul Aziz memiliki seorang isteri dari kalangan bangsawan yang bernama Fathimah binti Abdul Malik. Fathimah adalah seorang puteri Kholifah terdahulu yang bapaknya bernama Abdul Malik. Fathimah memiliki perhiasan yang paling mahal. Perhiasan itu tidak pernah dimiliki oleh wanita lain di muka bumi. Di antara perhiasan-perhiasan itu, ada dua anting-anting mariyah yang terkenal dalam sejarah. Para penyair pun menyebut perhiasan itu dalam syairnya. Seandainya anting-anting itu dijual, maka akan cukup untuk mengenyangkan satu suku yang besar.
Ketika tinggal bersama bapaknya, Fathimah hidup dalam kemewahan dunia. Namun ketika menjadi isteri Kholifah Umar bin Abdul Aziz, beliau hidup dengan sederhana. Kholifah memberikan nafkah hanya beberapa dirham dalam sehari. Fathimah rela dengan hal itu dan gembira hidup qonaah, hidup apa adanya dan senang dengan kesederhanaan.
Kholifah Umar bin Abdul Aziz selalu menasehati isterinya untuk banyak bersedekah. Fathimah binti Abdul Malik adalah isteri yang taat, dia mematuhi nasihat suaminya. Semua perhiasan dan mutiara yang dibawanya diserahkan ke baitul mal kaum muslimin. Demikianlah kemulian sejati yang dimilikinya, dia tetap hidup sederhana walaupun mampu hidup mewah. Hidup sederhana tidaklah mengurangi kemuliaan dirinya. Wallahu a’lam Bishshowab.
(Sumber Rujukan: Muqoddimah Kitab Adabu Az-Zifaf, Oleh Asy-Syaikh Al-Albani)
Posted by HaNs at 11:15 AM 0 comments
Labels: kIsaH N TauLaDaN
keJuJuraN MubaRok
Dikisahkan dari Mubarok ayahanda dari Abdulloh Ibnu al-Mubarok bahawasanya ia pernah bekerja di sebuah kebun milik seorang majikan. Ia tinggal di sana beberapa lama. Kemudian suatu ketika majikannya iaitu pemilik kebun tadi yang juga salah seorang saudagar dari Hamdzan datang kepadanya dan mengatakan, “Hai Mubarok, aku ingin satu buah delima yang manis.” Mubarok pun bergegas menuju salah satu pohon dan mengambilkan delima darinya. Majikan tadi lantas memecahnya, ternyata ia mendapati rasanya masih asam. Ia pun marah kepada Mubarok sambil mengatakan, “Aku minta yang manis malah kau beri yang masih asam! Cepat ambilkan yang manis!”
Ia pun beranjak dan memetiknya dari pohon yang lain. Setelah dipecah oleh sang majikannya sama, ia mendapati rasanya masih asam. Kontan, majikannya semakin naik pitam. Ia melakukan hal yang sama untuk ketiga kalinya, majikannya mencicipinya lagi. Ternyata, masih juga yang asam rasanya. Setelah itu, majikannya bertanya, “Kamu ini apa tidak tahu mana yang manis mana yang asam?”
Mubarok menjawab. “Tidak, Bagaimana bisa seperti itu? Sebab aku tidak pernah makan buah dari kebun ini sampai aku benar-benar mengetahui (kehalalan)nya.”
“Kenapa engkau tidak mau memakannya?” tanya majikannya lagi. “Karena anda belum mengijinkan aku untuk makan dari kebun ini.” Jawab Mubarok. Pemilik kebun tadi menjadi terheran-heran dengan jawabannya itu..
Tatkala ia tahu akan kejujuran budaknya ini, Mubarok menjadi besar dalam pandangan matanya, dan bertambah pula nilai orang ini di sisi dia. Kebetulan majikan tadi mempunyai seorang anak perempuan yang banyak dilamar oleh orang. Ia mengatakan, “Wahai Mubarok, menurutmu siapa yang pantas memperisteri puteriku ini?”
“Dulu orang-orang jahiliyah menikahkan puterid-puteri mereka lantaran keturunan. Orang Yahudi menikahkan kerana harta, sementara orang Nashrani menikahkan kerana keelokkan paras. Dan umat ini menikahkan kerana agama.” Jawab Mubarok.
Sang majikan kembali dibuat takjub dengan pemikirannya ini. Akhirnya majikan tadi pergi dan memberitahu isterinya, katanya, “Menurutku, tidak ada yang lebih pantas untuk puteri kita ini selain Mubarok.”
Mubarok pun kemudian menikahinya dan mertuanya memberinya harta yang cukup melimpah. Di kemudian hari, isteri Mubarok ini melahirkan Abdullah bin al-Mubarok seorang alim, pakar hadits, zuhud sekaligus mujahid. Yang merupakan hasil pernikahan terbaik dari pasangan orang tua kala itu. Sampai-sampai Al-Fudhoil bin ‘Iyadh Rohimahullah mengatakan seraya bersumpah dalam perkataannya, “Demi pemilik Ka’bah, kedua mataku belum pernah melihat orang yang semisal dengan Ibnu al-Mubarok.
Hari ini, kecurangan dan penipuan sudah semakin banyak terjadi dalam kehidupan sebahagian orang. Sangat jarang kita temukan orang jujur lagi dipercaya dalam menunaikan amanah serta yang jauh dari sifat curang dan penipu.
Kalau akibat dari sebuah, perbuatan maksiat itu sudah maklum dan pasti di akhirat kelak, maka tempat kembalinya ketika di dunia lebih dekat lagi.
Posted by HaNs at 10:49 AM 0 comments
Labels: kIsaH N TauLaDaN
kIsaH aLq0moH
Di zaman Rasulullah ada seorang pemuda yang bernama Alqomah, ia sangat rajin beribadat. Suatu hari ia tiba-tiba jatuh sakit yang sangat kuat, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah dan mengatakan suaminya sakit kuat dan dalam sakaratul maut. Ketika berita ini sampai kepada Rasulullah, maka Rasulullah menyuruh Bilal r.a, Ali r.a, Salamam r.a dan Ammar r.a supaya pergi melihat keadaan Alqomah. Ketika mereka sampai ke rumah Alqomah, mereka terus mendapatkan Alqomah sambil membantunya membacakan kalimah La-ilaa-ha-illallah, tetapi lidah Alqomah tidak dapat menyebutnya.
Ketika para sahabat mendapati bahwa Alqomah pasti akan mati, maka mereka menyuruh Bilal r.a supaya memberitahu Rasulullah tentang keadaan Alqomah. Ketika Bilal sampai dirumah Rasulullah, maka bilal menceritakan segala hal yang berlaku kepada Alqomah. Lalu Rasulullah bertanya kepada Bilal; "Wahai Bilal apakah ayah Alqomah masih hidup?" jawab Bilal r.a, " Tidak, ayahnya sudah meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya". Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal; "Pergilah kamu kepada ibunya dan sampaikan salamku, dan katakan kepadanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang berjumpaku, kalau dia tidak dapat berjalan katakan aku akan kerumahnya".
Maka ketika Bilal sampai kerumah ibu Alqomah, lalu ia berkata seperti yang Rasulullah kata kepadanya, maka berkata ibu Alqomah; " Aku lebih patut pergi berjumpa Rasulullah". Lalu ibu Alqomah mengangkat tongkat dan terus berjalan menuju ke rumah Rasulullah. Maka bertanya Nabi s.a.w. kepada ibu Alqomah; "Terangkan kepada ku perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika kamu berdusta nescaya akan turun wahyu kepadaku". Berkata Nabi lagi; "Bagaimana keadaan Alqomah?", jawab ibunya; "Ia sangat rajin beribadat, ia sembahyang, berpuasa dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya". Bertanya Rasulullah; "Bagaimana hubungan kamu dengan dia?", jawab ibunya; " Aku murka kepadanya", lalu Rasulullah bertanya; "Mengapa", jawab ibunya; "Kerana ia mengutamakan istrinya dari aku, dan menurut kata-kata isterinya sehingga ia menentangku".
Maka berkata Rasulullah; "Murka kamu itulah yang telah mengunci lidahnya dari mengucap La iilaa ha illallah", kemudian Nabi s.a.w menyuruh Bilal mencari kayu api untuk membakar Alqomah. Ketika ibu Alqomah mendengar perintah Rasulullah lalu ia bertanya; "Wahai Rasulullah, kamu hendak membakar putera ku didepan mataku?, bagaimana hatiku dapat menerimanya". Kemudian berkata Nabi s.a.w; "Wahai ibu Alqomah, siksa Allah itu lebih berat dan kekal, oleh itu jika kamu mahu Allah mengampunkan dosa anakmu itu, maka hendaklah kamu mengampuninya", demi Allah yang jiwaku ditangannya, tidak akan guna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya". Maka berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua tangannya; "Ya Rasulullah, aku persaksikan kepada Allah dilangit dan kau Ya Rasulullah dan mereka-mereka yang hadir disini bahawa aku redha pada anakku Alqomah".
Maka Rasulullah mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata; "Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucapkan La iilaa ha illallah atau tidak". Berkata Rasulullah lagi kepada Bilal ; "Aku khuatir kalau kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana pada aku dan bukan dari hatinya". Maka ketika Bilal sampai di rumah Alqomah tiba-tiba terdengar suara Alqomah menyebut; "La iilaa ha illallah". Lalu Bilal masuk sambil berkata; "Wahai semua orang yang berada disini, ketahuilah sesungguhnya murka ibunya telah menghalangi Alqomah dari dapat mengucapkan kalimah La iila ha illallah, kerana redha ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat". Maka matilah Alqomah pada waktu setelah dia mengucap.
Maka Rasulullah s.a.w pun sampai di rumah Alqomah sambil berkata; "Segeralah mandi dan kafankan", lalu disembahyangkan oleh Nabi s.a.w. dan sesudah dikuburkan maka berkata Nabi s.a.w. sambil berdiri dekat kubur; "Hai sahabat Muhajirin dan Anshar, barang siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia adalah orang yang dilaknat oleh Allah s.w.t, dan tidak diterimanya daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya.
Posted by HaNs at 10:43 AM 0 comments
Labels: InFo aGaMa, kIsaH N TauLaDaN
TerLePas dIwakTu MaLaM
Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi.
Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki.
Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu.
Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?".
Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya.
MORAL: Sebagaimana menutup aurat, tutuplah apa yang paling penting ditutup. Jangan biarkan ia terbuka, nanti menimbulkan banyak masalah.
Posted by HaNs at 10:11 AM 0 comments
Labels: laWak
Wednesday, May 13, 2009
GadIs MelaMpau meNerIma PadaH
Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal beradadi syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatanagar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
Posted by HaNs at 1:47 PM 0 comments
Labels: ReNunGaN
PeRaNan PaRa IsTerI
Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami. Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-
1. Memberi/membuat segelas air untuk suami Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun
2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah
3. Perkhidmatan yang diberi pada suami Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus
4. Menghamilkan benih suami Fadhilat : mendapat pahala syahid
5. Isteri mandi Junub dengan suami Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin
6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.
7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah
8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!
Posted by HaNs at 1:38 PM 1 comments
Labels: InFo RumaHtaNgGa
IBLIS MenGgaNgGu KeTika SakaRaTuL MauT
Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah SAW.. menerangkan:
Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut."
Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga."
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya..
Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak ulamak yang membawa banyak kitab kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu."
Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami."
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah."
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. . Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."
Dunia ini tiada jaminan melainkan hanya satu peluang.Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
Posted by HaNs at 1:23 PM 0 comments
Labels: InFo aGaMa
FitNah TerHadaP WaNita MusLiMaH
Pada suatu masa dahulu, seorang wanita muslimah meninggal dunia di Madinah. Dijadikan cerita, keluarganya mencari seorang wanita tukang memandikan mayat, tetapi wanita (tukang memandikan mayat) adalah seorang yang buruk percakapannya.
Ketika memandikan mayat wanita muslimah itu, wanita (tukang memandikan mayat) tersebut mengata mayat itu dengan kata-kata yang sangat keji. Wanita (tukang memandikan mayat) itu berkata, "kemaluan inilah yang dipakainya untuk berzina!"
Astaghfirullahhalazim, tiba-tiba kedua tangan wanita itu melekat ditubuh mayat wanita muslimah yang dikejinya. Ia berusaha untuk melepaskan kedua tangannya itu tapi gagal. Orang-orang yang berada d luar yang sedang menuggu mayat itu dimandikan sudah mula risau kerana lama sekali wanita itu memandikan mayat.
Setelah pihak keluarga menyusul, barulah mereka tahu apa yang terjadi. Keluarga tersebut cepat-cepat mengirimkan orang untuk menanyakan hal tersebut kepada beberapa ulama di Madinah. Ada ulama yang menyuruh tangan wanita itu dpotong dan ditanam bersama mayat tersebut. Ada yang suruh agar tubuh
mayat itu sahaja yang dpotong untuk menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat tadi.
Ulama Madinah tidak boleh membuat keputusan tersebut, samada memotong kedua tangan wanita berkenaan atau memotong sebahagian tubuh mayat itu. Setelah keputusan ini tidak dapat dibuat, mereka pergi bertanya kepada Imam Malik bin Anas r.a.
Selepas mendengar cerita itu, Imam Malik r.a. terus datang ke tempat kejadian. Lalu beliau minta dberi kesempatan untuk mengusul tukang mandi itu dari bilik hijab. Ia bertanya kepada juru mandi itu(dari bilik hijab), "katakan dengan jujur apa yang telah kau tuduhkan kepada mayat ini?" Wanita itu menjawab dengan nada yang menyesal, "Aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya!"
Setelah jelas dengan perkara itu, Imam Malik r.a. berkata kepada anggota keluarga dan saudara mara si mayat , "Wanita tukang mandi itu telah melanggar hak si mayat. Ia telah melanggar hudud Allah Ta'ala, menuduh seorangwanita muslimah yang baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi seramai 4 orang. Jadi, ia harus menjalani hukuman 80 kali sebatan. Kalau hukuman itu telah dilaksanakan, Insya Allah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si mayat...". Setelah hukuman itu djalankan,barulah kedua tangan wanita itu terlepas dengan sendirinya!
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...seucap janji membuat kita percaya.. sekecil luka akan membuat kita kecewa.. tetapi.. sebuah persahabatan akan selamanya bermakna.."
Jaga diri & Berhati-hati,
Posted by HaNs at 1:08 PM 0 comments
Labels: keSaN FitNaH, kIsaH N TauLaDaN
BoNoS UntuK DuNIa & akHiraT
Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1-وجه جميل
wajah yang cantik
2- فلوس بالملاين
duit yang banyak
3- صحة قوية
kesihatan yang baik
4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5- نوم عميق من دون مهدئات وأدوية
tidur yang nenyak tanpa ganguan
سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
قال رسول الله صلى الله عليه وآلهوسلم :
kata nabi saw
من ترك صلاة الصبح فليس في وجههنور و من تركصلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
بركة و من ترك صلاة العصر فليس فيجسمه قوةو من ترك صلاة المغرب فليسفي
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاءفليس فينومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yangnyenyak
بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآلهوسلم )ولو آية
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat sama2 berkongsi info sama2 mendapat ilmu.
Posted by HaNs at 12:50 PM 0 comments
Labels: InFo aGaMa
MaNdI
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Posted by HaNs at 12:24 PM 0 comments
Labels: FakTa, InFo kesIHaTaN
NaK BeRi KawaN MaKaN
Seorang guru Tadika bertanya kepada semua murid-muridnya tentang cita-cita mereka. Semuanya silih berganti menyatakan cita-cita hendak menjadi doktor, jurutera, akitek, akauntan, pensyarah, ahli koprat, ahli politik, saintis, angkasawan, pengarah.
Hanya seoarang sahaja yang cita-citanya mahu menjadi petani.
Guru Tadika: Sudin, mengapa cita-cita kamu hanya hendak menjadi petani?
Sudin: Saya hendak beri makan kawan-kawan saya.
Betul juga, kalau semua nak berkerjaya kolar putih siapa yang nak jadi petani, siapa nak angkat sampah, siapa nak jadi mat despatchkan?
Posted by HaNs at 12:20 PM 0 comments
Labels: laWak
FakTa aTaU auTa
Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.
Posted by HaNs at 12:14 PM 0 comments
Labels: laWak
meLaYu bLee
Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia. Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilah pedang.
Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya. Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.
Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang.
Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan".
Hohoho
Posted by HaNs at 12:10 PM 0 comments
Labels: laWak
kIsaH MaLam PerTaMa
Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum upacara akad nikah.... Emak pengantin lelaki menasihati anaknya...."Nak apabila menghampiri isteri mu pada malam pertama....maka kamu harus kata ...Kapal terbang ingin mendarat". Emak pengantin perempuan pula menasihati naknya.... "Nak....bila suami mu berkata kapal terbangingin mendarat.... maka jawabnya.... Lapangan terbang sudah sedia".
Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba....Si suami tak sabar-sabar dan pabila malam tiba....hatinya berdebar-debar. .... Dia mendekati si isteri lalu mengatakan "Kapal terbang ingin mendarat" Si isteri seperti tidak faham dan berkata "Saya penat bang.... mari kita tidur. "Si suami hampa....namun dalam hatinya berkata... "Tak apa mungkin isteri aku malu....beri dia peluang kedua "Tiba malam kedua"
Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi "Kapal terbang ingin mendarat. "Malangnya si isteri masih tidak faham..... kerana suaminya ketika itu memegang surat khabar...dalam hatinya berkata...." Berita apa pula ini....Ah pedulilah kapal terbang mana nak mendarat pun....tak ada kena mengena dengan saya." Kemudian dia berkata kepada si suami "Sudah lah tu bang ....janganlah baca suratkhabar lagi....mari kita tidur " Si suami hampa lagi....tetapi dalam hatinya berkata "Tak apalah esok masih ada."
Tiba malam ketiga ....Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti aku dapat...lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi "Kapal terbang ingin mendarat." Si isteri menjenguk kearah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati berkata "Mana ada kapal terbang !!" Melihatkan si isteri menggelengkan kepala,si suami hampa dan berkata dalam hati "Kejamnya isteriku.... membiarkanaku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepadaku." Si suami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.
Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya "Ibu kenapa suami saya setiap malam berkata ...kapal terbang ingin mendarat?? Si ibu pun berkata "Apa yg kamu jawab nak ? Si anak berkata "Saya tidak jawab apa-apa...Si ibu berkata lagi...."Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama....sepatuny a anak menjawab Lapangan Terbang sudah sedia....sebagai tanda bersetuju " Oh saya lupa lah ibu....tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul"
Maka tiba malam keempat .....si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan bertanya soalan yg sama. Malam kian larut, si isteri tertanya-tanya. ...bilakah gerangan si suami akan bertanya. Si isteri akhirnya berkata dalam hati "Mengapa harus aku tunggu lagi.....apa salahnya aku sendiri meng`offer' kan diri Lalu si isteripun mendekati si suami dan terus berkata "Lapangan terbang sudah sedia", Si suami kerana terlalu geram dengan si isteri....dengan muka yg masam menjawab "KAPAL TERBANG ROSAK"
Posted by HaNs at 11:55 AM 0 comments
Labels: laWak
JanGaN mInTa CeRaI DaLam KereTa
Sepasang suami isteri yang selalu menghadapi masalah perhubungan tengah berbincang masalah mereka dalam sebuah kereta. Si suami tengahmemandu.
Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah,saya rasa saya tak sesuai lagibersama dengan awak... saya nak mintak cerai dengan awak.....si suami diam dan terus memandu kereta ...bertambah laju....(70km)
isteri : saya dah tak cintakan awak lagi...sebenarnya saya dah adateman lelaki....dia akan berkawin dengan saya lepas awak ceraikansaya... saya malas nak cerita panjang lagi..dan saya tak nak awak cubapujuk saya..saya dah bosan hidup dengan awak....
!!si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah...masih diam...
Isteri : bila kita bercerai,saya nak rumah kita...
si suami masih diam ...memandu dengan lebih laju....(80km)
isteri : saya nak anak kita juga...awak bukan boleh pelihara mereka.....
si suami masih diam ..tambah kelajuan (100 km)
isteri : saya nak kereta ini,kredit card dan saving akaun kita
sisuami masih diam, membelok kereta ke arah jusco......
isteri : awak ada ingin minta apa2??
suami : tak perlu....saya dah ada apa yang saya perlukan...
isteri : ya kah?? apa yang awak ada..??
suami : si suami menjawap sebelum beliau menlanggar dinding konkritjaya jusco.... saya ada air bag.....awak tak ada..
(hahahahhahaha.....kuang ajar punye suami....)
Posted by HaNs at 11:46 AM 0 comments
Labels: laWak
Joke sTorY
A few years ago, Prime Minister Mori was given some Basic English conversation training before he visits Washington and meets president Bill Clinton...
The instructor told Mori Prime Minister, when you shake hand with President Clinton, please say 'how r u'.
Then Mr. Clinton should say, 'I am fine, and you?' Now, you should say 'me too'. Afterwards we, translators, will do the work for you.'
It looks quite simple, but the truth is...
When Mori met Clinton , he mistakenly said 'who r u?' (Instead of 'How r u?'.)
Mr. Clinton was a bit shocked but still managed to react with humor: 'Well, I'm Hillary's husband, ha-ha...'
Then Mori replied 'me too, ha-ha.. .'.
Then there was a long silence in the meeting room.
Posted by HaNs at 11:39 AM 0 comments
Labels: laWak
ReNunGkan BersaMa
Artikel ne Hans dapat dari kawan so kita baca bersama k...
Wanita Mengumpat Sukar Di kapan Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalaman itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi Dan gemuk. Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama Ada mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus.
Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya diberitahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua,Umurnya sekitar 60-an.
Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala Dan satu hasta dihujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya, Rafeah.
Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning Dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.
"He, Ada lagi najis", kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi. Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik Sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kapan di hujung kepala Dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sahaja.
"He, kenapa tak cukup. Takkan salah potong", saya berkata pada adik saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung Dan bertanya-tanya di mana silapnya.
Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah sendiri menyaksikan dan membantu saya memotong kain itu. Sudahbertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu Dan mendapatinya cukup 24 ela.
Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi. Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 1973.
Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama saya berdepan dengan masalah kain kapan tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan Dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya Dan mencucuri rahmat di atas rohnya.
Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak Ada . Kain yang saya bawa itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang Ada . Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat beser bila mendapati kain kapan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.
Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung.
Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir. Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik Dan liang lahad digali semula. Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki. Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa?
Jenazah dinaikkan semula Dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya Dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Masing-masing menghembus nafas lega.
Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela, kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil.
Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan. Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.
Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk - suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri. Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan kemudian.
Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an.. Punca kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek, tetapi tiada sebarang kesan najis.
"Bersih betul mayat ini", saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah dibersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu selesai dimandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi. Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan jenazah disembayangkan.
Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ketanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya.
Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidupberlandaskan agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang dilarang, insya-Allah selamat didunia dan akhirat.
P/s: Kepada Kaum Hawa janganlah cepat melatah,jadikan ia sebagai pengajaran.
Posted by HaNs at 10:57 AM 0 comments
Labels: ReNunGaN
keSaN KopI
Kepada kaum wanita bolehla lupakan kopi dan kepada kaum lelaki jangangalakkan isteri buat air kopi coz nanti isteri join minum sekali.Seeloknya buatlah sendiri ye...
Kopi buat payu dara kecu
LONDON : Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampumengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak bolehmenjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.
Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebihbanyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.
Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan merekaditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu daramereka diukur.
keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapatibahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi ataulebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.
Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.
Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahangen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.
"Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada," kataHelena Jernstrom dari Universiti Lund , Sweden , yang mengetuai kajian berkenaan.
"Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang," katanya.
"Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita manapeminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.
"Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkukdan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka.
"Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurangtiga cawan sehari.
Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisikotinggi, kata saintis berkenaan.
Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminumjumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatanbuah dada. - Agensi
Posted by HaNs at 10:47 AM 0 comments
Labels: FakTa, InFo kesIHaTaN
Saturday, May 9, 2009
m0t0R baRu
Pak Pandir baru sahaja membeli motosikal baru. Dengan rasa bangga Pak Pandir pun bersiar-siar di pekan. Sampai di depan lampu isyarat, Pak Pandir berhenti kerana lampu merah. Apabila lampu hijau, semua kenderaan mula bergerak tetapi Pak Pandir masih tetap tidak berganjak dari tempatnya. Lalu datang seorang polis dan bertanya pada Pak Pandir.
Polis: Kenapa tak jalan lagi? Kan lampu hijau tu?
Pak Pandir: Maaf encik, belum ada warna lampu yang saya suka lagi. Bila sudah keluar warna yang saya suka, saya jalan. (tersenyum)
Polis: Mampus kalau macam ni! (mengetuk dahi)
Posted by HaNs at 1:42 PM 0 comments
Labels: laWak
kaCanG
Pada suatu hari, Sham dan Cikgu Wati bertemu muka di kantin. Cikgu Wati bertanya pada Sham sama ada dia mampu atau tidak semasa menjawab soalan peperiksaan.
Cikgu: Sham, bolehkah kamu menjawab soalan bahasa Melayu?
Sham: Kacang aje, cikgu.
Cikgu: Bagaimana pula dengan bahasa Inggeris?
Sham: Kacang aje, cikgu.
Cikgu:Bagaimana pula dengan mata pelajaran lain, adakah kamu boleh jawab jugak?
Sham: Kacang juga,cikgu.
Cikgu:Kalau begitu, sudah tentu kamu akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti!
Sham: Insya-Allah cikgu sebab semasa saya menjawab soalan peperiksaan, saya selalu makan kacang...cikgu.
Cikgu: La...loyar buruk pulak budak ni!
Sham: Aik cikgu....macam mane cikgu tau cita2 saya nak jadi loyar??
Cikgu: (dengan perasaan marah pergi meninggalkan tempat itu)
Posted by HaNs at 1:38 PM 0 comments
Labels: laWak
peTaI PuNya HaL
Ada seorang asli baru balik daripada mencari petai. Kemudian bertemu dia dengan seorang peraih petai Cina. Berundinglah kedua orang tersebut. Bersetujulah mereka dengan tawaran harga RM 1.00 bagi satu papan petai. Cina itu mengatakan ia akan datang mengambilnya kemudian.
Seketika peninggalan peraih Cina tersebut, datang seorang Melayu berselisih pula dengan pencari petai tadi. Berhenti ia bertanya "En., petai ini juallah kepada saya.". Tapi orang asli itu enggan. Katanya "Saya sudah janji dengan Cina tadi". "Dia akan datang mengambilnya petang nanti".
"Juallah En., berapapun dia bayar, saya sanggup bayar". Namun orang asli itu tetap enggan menjualnya. Selepas menggunakan segala jenis pujuk rayu, akhirnya berjaya juga ia membeli petai itu. Ia pun pulanglah dengan gembiranya. 100 papan semuanya petai tersebut, telah diborong kesemuanya.
Sampai di rumah, selepas berehat seketika, terasa di hati kecilnya untuk mengira jumlah petai yang ada. alangkah terkejutnya, bila mendapati hanya 90 papan sahaja. Mana perginya 10 papan lagi. Tercicir dalam perjalanankah?. Mana mungkin?. Ia berasa tidak puas hati. Ia segera turun ke bawah rumah, mengambil motosikal kapcainya, dengan penuh semangat geram bergegas dan meluncur macam roket ke rumah orang asli tadi.Sampai di sana terus bertanya kepada orang asli tadi.
"Tadi aku bayar kau untuk 100 papan. Kenapa kau beri aku hanya 90 papan sahaja?. Orang asli itu dengan selamba rocknya berkata "Itulah encik, saya sebenarnya nak tipu Cina, tapi encik nak juga".
Posted by HaNs at 1:31 PM 0 comments
Labels: laWak
JenaKa MaLaM PeNganTIn
Majlis pernikahan dah selesai tetamu sudah balik si ayah mengelamun sendiri.
Di kamar pengantin kedua mempelai asyik membelek hadiah-hadiah si ayah pasang telinga mendengar perbualan.
Kedua pengantin sedang membelek sepasang kasut hadiah dari tetamu yang datang.
" Nak cuba pakai malam ni , bang." pengantin perempuan bersuara
berdebar dada si ayah mendengarnya.
" Boleh saja biar abang masukkan?"
Pengantin lelaki menyarung kasut di kaki isterinya.
"Tak muat bang, sempit oh sakitnya." Ternyata kasut bukan saisnya.
"Kalau Tak muat nak buat camana?" Pengantin lelaki gundah suaranya.
" Sapu air liur…!" Si ayah bersuara
Ketawa pengantin berjela-jela.
Ternyata si ayah silap sangka.
Posted by HaNs at 1:22 PM 0 comments
Labels: laWak
muKa sep0seN
Seorang anak bercerita kepada ayahnya bagaimana dia membayar tambang bas ketika pulang dari sekolah tengah hari tadi.
Anak : Ayah, tadi Man balik naik bas.
Ayah : Eh, Pak Abu tak jemput Man ke hari ni?
Anak : Tak.
Ayah : Man ada duit ke nak bayar tambang?
Anak : Ada, ayah tapi kurang seposen.
Ayah : Tambang bas berapa sen?
Anak : 60 sen.
Ayah : Man ada berapa sen?
Anak : 50 sen saja.
Ayah : Habis tu, macamana man bayar tambang?
Anak : Man ada 50 sen, Man buat muka seposen. Cukuplah jumlahnya 60 sen.
Ayah : Bertuah punya anak. (Dalam hati: Pandai jugak anak aku ni)
Posted by HaNs at 1:10 PM 0 comments
Labels: laWak
6 wEek, 6 moNtH N 6 yEaR
Sebelum Tido
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
Pakai Toilet
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!
Balas SMS
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
Dating process
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
Pulang Kerje
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??
Hadiah (ulang tahun)
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
Telefon
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!
Masakan
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
Memaafkan
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!
Baju baru
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???
Merancangkan Holiday
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!
TV
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..
Posted by HaNs at 12:50 PM 0 comments
Labels: laWak
kaMbInG bIrI-bIrI
Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala kambing biri-biri.
Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam? Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....
Pemuda : Arghhh... tensionyaaa..
Posted by HaNs at 12:11 PM 0 comments
Labels: laWak


