CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, May 13, 2009

keSaN KopI

Kepada kaum wanita bolehla lupakan kopi dan kepada kaum lelaki jangangalakkan isteri buat air kopi coz nanti isteri join minum sekali.Seeloknya buatlah sendiri ye...

Kopi buat payu dara kecu

LONDON : Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampumengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak bolehmenjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebihbanyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.

Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan merekaditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu daramereka diukur.

keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapatibahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi ataulebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.

Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahangen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.

"Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada," kataHelena Jernstrom dari Universiti Lund , Sweden , yang mengetuai kajian berkenaan.

"Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang," katanya.

"Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita manapeminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.

"Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkukdan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka.

"Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurangtiga cawan sehari.

Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisikotinggi, kata saintis berkenaan.

Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminumjumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatanbuah dada. - Agensi

0 comments: